Jumaat, 4 Oktober 2013

06 di chini - Google Blog Search

06 di chini - Google Blog Search


Lelaki <b>Di</b> Tembak Gara-Gara Libas Polis Dengan Parang

Posted: 27 Sep 2013 12:00 AM PDT

PEKAN – Tindakan agresif seorang lelaki yang cuba melibas parang ke arah beberapa anggota polis ketika cuba ditahan berakhir dengan tembakan mengenai perut dan dadanya kira-kira jam 5.45 petang kelmarin. Dalam kejadian itu, suspek lelaki berusia 45 tahun itu dikepung oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Pekan selepas berjaya meloloskan diri ketika serbuan pertama pada jam 3 petang hari yang sama. Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, polis menerima maklumat daripada Ketua Polis Balai Chini mengenai laporan kecurian buah sawit yang dilaporkan orang awam sebelum membuat pemeriksaan di kawasan ladang kelapa sawit Felda Chini 2. Menurutnya, serbuan yang dilakukan menyebabkan suspek dan beberapa lelaki yang sedang berkumpul di sebuah 'port' yang juga menjadi sarang penagihan dadah bertempiaran lari sebelum berjaya ditahan polis. "Ketika dibawa ke sebuah van (dipercayai miliknya) yang terletak berhampiran untuk diperiksa, suspek tiba-tiba mencapai sebilah parang panjang yang diletakkan di kerusi penumpang dan melibas ke arah anggota polis. "Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan van itu sebelum kembali berjaya dikesan di sebuah lokasi di Jalan Dara, Chini, kira-kira 200 meter dari Balai Polis Chini," katanya. #selanjutnya

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads