Jumaat, 4 Oktober 2013

06 di kampung awah - Google Blog Search

06 di kampung awah - Google Blog Search


Banduan tak pernah serik – Perak Today

Posted: 02 Oct 2013 03:00 AM PDT

banduan tak serik

MARAN – Polis Maran berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah dan dua kes curi kenderaan yang berlaku Ogos lalu dengan tertangkapnya seorang bekas banduan di Kampung Paya Pasir dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, banduan yang baru sahaja dibebaskan dari Penjara Penor selepas menjalani hukuman penjara empat tahun atas 12 jenayah lampau dengan lapan kesalahan dadah dan empat kes pecah rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Maran, semalam.

Tertuduh, Nik Nazeri Nik Leh, 37, dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan dari tarikh ditangkap selepas mengaku salah untuk empat pertuduhan tersebut.

Sulaiman berkata, kes pecah rumah dilakukan tertuduh pada 15 Ogos lalu di sebuah rumah di Kampung Awah yang menyebabkan kerugian harta benda berjumlah RM5,500.

Manakala, kes kedua pada keesokan harinya, 16 Ogos di sebuah rumah kilang sawit Felcra dekat Pekan Tajau dengan kerugian RM1,800.

"Pada 23 Ogos pula, tertuduh melakukan kesalahan mencuri dua kenderaan iaitu Proton Waja dan Perodua Kancil di sebuah pusat menjual kereta terpakai di Pekan Awah dengan anggaran kerugian RM40,000.

"Tertuduh yang sudah berumah tangga ini melakukan kesalahan untuk kes keempat apabila mencuri sebuah motosikal jenis Demak di sebuah rumah di Kampung Sentosa," katanya.

Sulaiman berkata, tertuduh dipercayai melakukan kesemua jenayah itu secara sendirian dan bertindak kasar ketika tangkapan dibuat sepasukan anggota polis selain dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Menurutnya, ketiga kenderaan tersebut ditemui di kawasan rumah tertuduh dengan niat mahu menjual dan disorok sementara menunggu pembeli.

-Sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads