06 di maran - Google Blog Search |
Dua warga asing dituduh rompak mesin ATM <b>di Maran</b> ABN News <b>...</b> Posted: 17 Oct 2013 11:56 PM PDT MARAN – Dua lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merompak sebuah mesin pengeluar wang Carlos Roberto Gonzales, 55, warga Argentina dan Timoteo Bartolome, 31, warga Peru dituduh melakukan jenayah tersebut antara pukul 3 hingga 5 pagi di premis Bank Rakyat pada 9 Oktober lepas. Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Pertuduhan dalam bahasa Inggeris dibacakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Ridzwan Seman manakala tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh. Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan Majistret Rini Triani Mohamad Ali menetapkan 20 Nov untuk sebutan semula kes. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di maran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen