06 di maran - Google Blog Search |
Penyelia Cedera <b>Di</b> Belasah Lima Lelaki Dekat <b>Maran</b> Posted: 26 Sep 2013 07:37 PM PDT MARAN - Lima lelaki bertindak membelasah seorang penyelia pasar raya di sini, baru-baru ini sebelum melarikan diri bersama enam bungkusan besar susu formula berjenama berjumlah RM1,200. Dalam kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam, mangsa berusia 35 tahun itu cedera di kepala akibat ditumbuk menggunakan objek keras dipercayai buku lima termasuk dipijak di badan oleh lima lelaki berkenaan. Mangsa berkata, ketika melakukan kerja di bahagian belakang pasar raya tersebut, seorang pekerja memaklumkan bahawa terdapat pelanggan yang disyaki cuba mencuri beberapa tin susu. Menurutnya, dia segera ke bahagian rak khas yang menempatkan barangan susu berkenaan untuk memeriksa dakwaan pekerja terbabit. Katanya, sebaik berada di bahagian susu, dia mendapati terdapat seorang lelaki mengambil beberapa bungkusan susu dan sebaik menyedari kehadirannya, lelaki terbabit bertindak membuka tali pinggang serta menghayun beberapa kali untuk menakutkannya. "Pada masa sama, secara tiba-tiba datang seorang lelaki dari tepi yang mulanya saya sangka seorang pelanggan, sebaliknya dia mencekik leher saya sebelum tiga lelaki lain datang dan menumbuk kepala saya. "Apabila saya terjatuh, mereka memijak badan saya beberapa kali dan waktu itu saya terasa bahagian belakang kepala sakit kerana ditumbuk menggunakan buku lima," katanya. #selanjutnya |
You are subscribed to email updates from di maran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen