Rabu, 2 Oktober 2013

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


Rumah Semakin Reput Gusarkan Ibu Tunggal <b>Di Pekan</b>

Posted: 11 Sep 2013 08:48 AM PDT

PEKAN - Keadaan rumah yang semakin reput saban hari menggusarkan seorang ibu tunggal yang mengharapkan bantuan bagi membaiki rumah yang menjadi tempat berteduh. Siti Hasipah Hanim Sh Mahmud, 53, berkata, sejak bercerai dengan suami tujuh tahun lalu kehidupan dilalui secara sederhana bersama dua daripada lima anaknya yang masih bersekolah. Menurutnya, sejak tahun 2011 dia ada menerima dua bantuan bagi membaiki rumah daripada Yayasan Rahah namun barangan berkenaan hanya tersadai begitu sahaja ekoran tidak mempunyai wang untuk membayar upah pekerja. "Saya pernah membuat pinjaman beberapa tahun lalu untuk membuat bahagian dapur dan bilik air namun ditipu kontraktor yang meninggalkan kerja terbengkalai begitu sahaja. "Saya kerugian kira-kira RM 10 000 wang pinjaman akibat ditipu dan sekarang masih tinggal di rumah asal yang kian mereput dan semakin sempit dengan barangan," katanya. Siti Hasipah berkata, bantuan untuk mendapatkan tukang rumah telah diminta melalui pejabat Adun Peramu terdahulu namun masih tiada jawapan diperoleh sehingga sekarang. "Saya sememangnya berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi membaiki keadaan rumah sekali gus memberi tempat berteduh yang lebih selesa kepada saya dan anak-anak. "Walaupun saya bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah sekolah di sini, pendapatan diterima terlalu kecil dan pinjaman yang boleh dibuat begitu terhad menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa," katanya. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads