Khamis, 3 Oktober 2013

06 di teluk cempedak - Google Blog Search

06 di teluk cempedak - Google Blog Search


Whazzup-U Blog: <b>Teluk Cempedak</b> – Tempat Menarik <b>di</b> Kuantan <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2013 12:40 PM PDT


Sudah genap sebulan aku berada di Kuantan, Pahang. Sebelum ini aku pernah menulis entri yang bertajuk, Padang MPK 1 Kuantan – Lokasi Berbuka Puasa Menarik. Untuk kali ini pula, aku masih lagi ingin menulis berkenaan tempat menarik di Kuantan, Pahang. Lokasi kali ini adalah Teluk Cempedak.
Sekiranya korang pergi bercuti di Kuantan, Teluk Cempedak merupakan destinasi yang harus korang kunjungi memandangkan lokasinya cuma 5 km daripada Pusat Bandar Kuantan. Aku menginap di D'Embassy Service Residence Suite. Jarak antara penginapan aku ke pantai tersebut hanyalah 4 km, iaitu kira-kira 50 minit tempoh perjalanan sekiranya berjalan kaki. Takkanlah aku nak berjalan kaki ke sana pula, silap-silap ada juga kang aku berbuka puasa dengan air laut nanti… huhu…
.

Lari dari kesibukan Bandar Kuantan yang agak memeningkan dengan kesesakan lalulintas, Teluk Cempedak merupakan tempat yang amat sesuai untuk korang bersantai. Korang boleh menenangkan fikiran dengan menikmati permandangan semula jadi, mendengar deruan ombak sambil merasai kedinginan angin yang sedang bertiup lembut. Korang boleh menggunakan laluan titi yang disediakan untuk menyeberangi teluk sambil melihat badai ombak memukul batu-batuan di situ.
Pantai Teluk Cempedak terdiri daripada 3 bahagian pantai. Pantai yang utama adalah bahagian pantai yang paling meriah, dipenuhi dengan kedai cenderamata, gerai-gerai dan restoran-restoran. Bahagian pantai yang kedua pula, perlu menyeberangi teluk yang dipenuhi batu-batuan dengan menggunakan kemudahan titi yang disediakan. Manakala bahagian pantai ketiga pula, korang perlu mendaki melalui hutan dari bahagian pantai yang kedua.
Antara banyak-banyak pantai yang pernah aku kunjungi, Teluk Cempedak adalah agak unik berbading yang lain. Pada kebiasaannya, kebanyakkan pantai pasti akan semakin sunyi apabila tiba waktu malam. Tetapi, perkara seperti itu tidak pula berlaku di sini. Pada waktu malam, semakin ramai orang yang datang berkunjung ke pantai ini, terutamanya pada hujung minggu. Suasana malamnya seolah berada di pusat bandar. Yang menariknya, McD dan KFC di sini adalah 24jam. Itulah faktor penyumbang yang membuatkan pengunjung yang hadir ke sini tidak pernah putus.
At the end, aku teringin untuk membeli cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan datang ke Teluk Cempedak. Sebagai pengumpul key-chain yang tegar, aku mencari kelainan yang belum aku miliki. So, aku pun grab 3 ekor menatang comel ni dekat kedai cenderamata yang paling besar di situ. Harga untuk 3 ekor menatang ini adalah RM10. Cukuplah setakat ini, jika korang nak baca banyak lagi, silalah baca di wikipedia : Teluk Cempedak.

Read More

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads