06 di brinchang - Google Blog Search |
- Penginapan 3D2N @ Rose Apartment <b>Brinchang</b>, Cameron Highland
- BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search
- Eksplorasi Mossy Forest & Gunung <b>Brinchang</b>, Cameron Highland
Penginapan 3D2N @ Rose Apartment <b>Brinchang</b>, Cameron Highland Posted: 04 Nov 2013 03:36 AM PST Kalau dihitung2, ini kali pertama kami menginap dimana2 service apartment berlokasikan Cameron Highland. Kali pertama kami bermalam di Cameron Highland adalah di Iris Hotel, lebih 10 tahun yang lepas. Lain2 kunjungan cuma a day trip, pergi pagi petangnya terus balik. Apa yang membuatkan kami bermalam pada trip kali ini? Trip kerja... yeap ini sebenarnya trip kerja dan bukannya holidays. Kena kerja hujung minggu dan lokasinya adalah Cameron Highland. Apa lagi, siap hangkut family sama, lagipun apartment 3 bilik.... tak kan nak tidoq sesorang. Next Q is, kenapa Rose Apartment? Q yang ini ambo tak boleh jawab sebab ini atas daya usaha pihak pengelola program. Mereka yang pilih Rose Apartment jadi ambo redho sajalah. Ada juga bahan untuk dimuatkan dalam blog DSKB. Kadar semalaman di Rose Apartment bagi apartment 3 bilik adalah RM325. Agak mahal mengikut firasat poket ambo golongan marhain ini tapi kalau ramai2 kongsi rasanya ok. Ada tiga bilik, satu family ambil satu bilik. Kanak2 boleh ramai2 tidur di ruang tamu. Menjimatkan bagi keluarga besar, lebih jimat sewa apartment berbanding sewa bilik hotel. Rose Apartment adalah milik persendirian, jadi kalau anda berpeluang berunding dengan pemilik sebenar mungkin boleh dapat harga yang bagus. Kalau tengok di Agoda pun, ada variasi dalam harga semalaman bergantung kepada pemilik. Kami dapat RM325 pun sebab katanya hujung minggu dan Deepavali, kena pula pengelola program berunding melalui orang tengah, harga mesti telah mark-up untuk buat untung. Moral of the story, usaha sendiri contact pemilik @ nak senang semak saja di Agoda (bila ambo semak balik, harga di Agoda lebih mahal, what a surprise!!!). Location..... location.... dimana letaknya Rose Apartment? Ia terletak di Kea Farm Brinchang, berhampiran dengan Equatorial Hotel. Kiri kanan jalan masuk ke Rose Apartment ada banyak kedai2 jual bunga, sayur-sayuran dan souvenier. Mudah untuk anda cam simpang masuk ke Rose Apartment, jumpa Equatorial drive ke depan sikit (kalau anda dari arah Tringkap) kemudian jumpa jalan sesak sebab banyak kereta parking untuk shopping..... situlah lokasi simpang masuk ke Rose Apartment. Waktu kedai dibuka (7 am - 6 pm) memang sesak, kereta kena slow2 jalan nak lepasi deretan kedai dan pejalan kaki. Jadi dengan harga RM325 semalaman apa yang kami dapat? Lets the piccas telling the story.... | |
BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search Posted: 01 Nov 2013 09:49 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |
Eksplorasi Mossy Forest & Gunung <b>Brinchang</b>, Cameron Highland Posted: 06 Nov 2013 10:05 PM PST Jarang sekali kita baca pengalaman bloggers menyusuri keindahan Mossy Forest di Gunung Brinchang ataupun berkongsi pengalaman mendaki Gunung Irau, puncak tertinggi di Cameron Highland. Mungkin tidak ramai yang sedar akan kewujudan Mossy Forest, termasuklah ambo sebelum ini. Kebanyakkan daripada kita hanya tahu di Cameron Highland hanya ada ladang teh, kebun sayur, pasar malam Brinchang, dan yang terbaru chocolate factory. Nak kata kurang promosi, boleh jadi juga, sebab itu ramai yang terlepas pandang akan Mossy Forest. Teruja juga ambo untuk ke sana, lebih2 lagi ada member satu opis siap cakap.... Mossy Forest sebijik sebijun macam dalam filem Avatar dia punya pemandangan. Terkedu ambo, cantik bonar tu der. Ambo dah high expectation dah ni der..... Jadi bagaimana untuk ke Mossy Forest Gunung Brinchang? Mudah saja der, anda boleh memandu sendiri kerana Gunung Brinchang accessible by road. Cuma jalannya bengkang bengkok dan curam di sesetengah tempat, tapi kalau ada 15 persen skills pemanduan Emcek Karamjit Singh pun dah ok, Inshaa Allah boleh selamat sampai. Tapi ambo and the gengs tak drive sendiri, kami guna khidmat private tour agency untuk sewa perkhidmatan kenderaan, 4x4 Land Rover Defender. Tambang pergi balik 4x4 Land Rover Defender RM350, boleh muat kira2 10 orang jadi satu kepala hanya kena bayar RM35. Seawal pagi kami pakat2 tunggu Land Rover di simpang masuk ke Gunung Brinchang dari jalan utama, hadapannya ada Bee Farm. Sebenarnya boleh saja minta Land Rover datang ambil dari tempat penginapan, itupun kalau anda tiada kenderaan. Disebabkan kami datang ke CH naik bas, jadi pemandu bas turunkan dulu kami di Bee Farm, mana tahu ada yang nak gedix2 dengan lebah seawal pagi. Berpeluh juga menunggu Land Rover yang dijanjikan sampai, jadi ada ahli rombongan tumpang berteduh dan tumpang shopping dulu di Bee Farm, masuk adalah percuma tapi dah ambil barang jangan lupa bayar yer (ini pesanan dari tuan tanah kedaung Bee Farm). Tidak kurang juga yang tumpang buang bahan kumuh, sebab bila dah sampai puncak nanti tiada public toilet. Segalanya nature to nature, sakit perut nanti meneran sajalah kat celah2 pokok, no more civilisation..... hehehehe. Bila Land Rover dah sampai ada sedikit konfusi pula di antara agensi dan pengelola program. Land Rover yang ada hanya mampu bawa separuh dari peserta program terus ke Gunung Brinchang manakala separuh yang lagi kena naik bas sekolah ke Ladang Sungei Palas dulu. Bas sekolah tu der..... entah boleh naik ke idoknyer, nampak macam tinggi juga nak panjat tu. Ambo adalah sebahagian ahli rombongan yang kena naik bas sekolah ke Ladang Sungei Palas, tunggu kat sana kejap sebelum Land Rover yang panjat sampai ke Gunung Brinchang turun kembali. Inilah bas sekolahnya der..... Bas sekolah Uncle Kumar hantar kami sampai ke persimpangan di antara Gunung Brinchang dan Ladang Sungei Palas. Sementara tunggu Land Rover turun dari Gunung Brinchang, kami lepak2 dulu disamping berselfie di sekitar Ladang Sungei Palas. Sebenarnya pakej tour RM350 satu Land Rover dah termasuk kunjungan ke Ladang Teh Boh Sungei Palas tapi kami skip sebab aktiviti di Mossy Forest nanti akan ambil masa yang agak lama. Masa menunggu Land Rover kembali, nampak ramai juga pengunjung yang cuba skills naik ke Gunung Brinchang dengan memandu sendiri tapi cuma separuh jalan sebab hati tak berapa nak kering. Katanya ngeri sebab nampak jalan naik sempit sangat. Sudahnya sampai Ladang Sungei Palas, pegang2 daun teh dan pekena teh tarik Boh segelas dua terus turun ke Brinchang kembali. Alamak, rugi der.... rugi, dah separuh jalan tu, cekalkan hati kuatkan iman. Inshaa Allah boleh sampai der.... Berselfie dulu barang sekeping dua..... Masing2 tengah sibuk berselfie, sampailah sudah Land Rover Defender untuk bawa kami ke kemuncak Gunung Brinchang. "Lai.... lai.... cepat masuk Leng Rober, satu Leng Rober kasi muat sepuloh olang arrr", panggil Uncle drebar. Kalau tadi naik bas sekolah masing2 dah ngeri, kali ini naik lagi Land Rover.... merentasi laluan berliku ke Gunung Brinchang. Meliuk-liuk badan bila Uncle driver buat korner maut sambil tiba2 buat brake mengejut. Jangan risau, keselamatan anda Inshaa Allah terjamin. Mereka ini semua pemandu profesional, setakat korner maut dan cerun dalam bagai, kacang je pun, dah jadi santapan harian mereka. Kalau dihitung2, perjalanan dari Brinchang untuk sampai ke kemuncak Gunung Brinchang tak jauh mana pun. Ada dalam 30 minit agaknya untuk sampai. Land Rover akan hantar sampai ke pintu masuk Mossy Forest dan dari situ pengunjung akan berjalan kaki menerokai keindahan Mossy Forest. Jabatan Perhutanan Pahang telah membina laluan berkayu sejauh kira2 150 meter merentasi Mossy Forest bagi kemudahan pengunjung. Agak selesa bagi pengunjung yang mahu menikmati keindahan Mossy Forest tanpa mengotorkan kasut mereka dengan selut2 hutan.... hehehehe. Tapi kena sedikit berhati-hati sebab lantai platform agak licin terutamanya pada musim hujan. Tergolek bak cempedak nanti Jabatan Hutan tak akan bertanggung jawab ye. Kami semua menyusuri Mossy Forest sampai ke penghujung platform kayu, kemudian gerak lagi ke depan menggunakan denai semulajadi kira2 200 meter. Disitulah penerokaan kami berakhir. Kalau diikutkan 2 @ 3 jam lagi dah boleh sampai Gunung Irau tapi dah masing2 tiada persiapan dan perancangan untuk teruskan perjalanan. Next time Gadjet.... next time..... Lepak 2 sekejap sambil tengok pendaki lain lalu lalang. Veteran pun ramai on the way ke Gunung Irau. Ada siap yang usung periuk nasik lagi.... hehehe.... adventure sungguh. Hilang lelah kami berpatah balik ikut laluan yang sama. Masa datang tadi rasa jauh betul tapi bila balik kejap saja dah sampai semula ke tempat parking Land Rover. Menang gitu kan, pergi rasa jauh bila balik rasa dekat yang amat. Masa lepak2 kat tempat parking jumpa seorang apek pemandu bas pelancong.... meriah sungguh mulut dia.... Apek: Lu semua dari mana? Kami: Kami dari **** la uncle. Apek: Baru lepas naik Gunung Sampah ka? Apek: Lu belum tahu ka banyak sampah sana atas Gunung Irau, saya panggil itu Gunung Sampah lu taw ka Apek: Lu olang suda pergi naik menara ka? Itu depan sana, sudah dekat maaaaa.... Kami: Huhhhh.... ada menara ke sana? Tak taw pon Apek: Adaaaaaa..... saya talak tipu sana.... pi gi la sendili tengok... Bior betiq, kami pun yang mana masih larat pakat2 jalan kaki ke arah yang ditunjukkan apek tadi. Masing2 dok harap tak kena kenching dengan apek tadi. Rupanya memang betul, dalam 1 km dari tempat parking Mossy Forest memang ada menara komunikasi dan menara pemerhati. Itulah yang kami nampak dari kemuncak Mossy Forest tadi. TQ apek...... Hajat hati nak lama2 kat atas, baru selfie sekeping dua dah datang siren tanda Land Rover dah ready nak bawa turun ke Brinchang. Nak tunggu lama2 boleh, tapi silap2 kena menapak turun Brinchang sebab kena tinggal Land Rover.... ko sanggup? Masa dah sampai Ladang Sungei Palas terserempak dengan jentera bomba katanya nak selamatkan seorang pendaki yang tiba2 pitam. Lepas turun dari Gunung Brinchang kami tak kemana-mana dah. Masing2 balik apartment rehat2 sekejap, kemudian rasanya ada yang sambung shopping kat Kea Farm. Tapi ambo lepak2 di apartment saja.... sejuk ni sodap membuta.... hehehehe. Konklusi: Bila dah depan mata memang tak segah Avatar tapi Mossy Forest memang menakjubkan. Berbaloi-baloi datang sini, next trip kita pakat cuba panjat sampai Gunung Irau pula, ada berani? |
You are subscribed to email updates from di brinchang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen