06 di lanchang - Google Blog Search |
BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search Posted: 09 Nov 2013 07:48 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||
riau bumi <b>lanchang</b> kuning nan bertuah - episod 5 <b>...</b> - ALAM SARI Posted: 07 Nov 2013 08:30 AM PST ASSALAMUALAIKUM... SETELAH menempuh satu perjalanan yang panjang, akhirnya kami kembali ke Pekanbaru bagi meneruskan agenda yang ditunggu-tunggu iaitu 'shopping'.. apalagi, ya tak? Bunyinya macam bawa berjuta-juta rupiah, kan.. huhu. Tak ada maknanya juta-juta rupiah, SK cuma tukar 1 Juta saja tau dan selebihnya ditanggung halal oleh Bapak Rizar aka ER. kadang-kadang SK rasa dia pula yang melebih dari SK bila nampak baju perempuan yang cantik-cantik. Mesti dia akan tanya... "nak?" "Errrrr.. nak belikan ke?" Malu tapi mahu. Dan sesi tawar-menawar pun bermula... hehehe.. SILUNGKANG merupakan pusat tenunan dan sulaman yang terkenal dan sering mendapat sambutan pelancong di Pekanbaru ini. Sesuai dengan jenama dan menjadi pula tumpuan pelancong maka tidak hairanlah harganya agak mahal. Kalau anda ingin memberikan cenderahati yang agak ekslusif kepada orang-orang yang istimewa apa salahnya berbelanja besar di sinikan. SK memang tak membeli di sini kerana dada SK ni dah berdegup-degup tidak sabar untuk 'shopping' di Pasar Sukaramai atau dikenali juga sebagai Ramayana. Tak sabar punya pasal, sangguplah pulak jalan kaki meninggalkan ahli rombongan yang masih memilih-milih di Silungkang.. sungguh tidak senonoh perangai... hahaha. MENYESAL! Hah.. tak dengar cakap suami, padanlah dengan muka sendiri. Sebenarnya, semasa 'shopping' di Pasar Bawah, ER beberapa kali mengingatkan SK supaya kalau nak beli, beli saja di situ. Tapi, SK ni kononnya nak survey pulaklah harga di Pasar Sukaramai. Memang ini sahaja dua destinasi shopping yang disenaraikan dalam lawatan dan SK takut pulak kalau duit habis dibelanjakan di Pasar Bawah... huhu.. SK tak mo tukar duit lagi di sini sebab takut rugi RM. Sayanglah pulak kalau dah beli di Pasar Bawah tetiba saja tengok di Pasar Sukaramai lagi murahkan. "Beli jer sekarang".. kata ER. "Takpe.. esok masih ada," isk.. tengok.. tengok.. sekarang siapa yang kena??? Berbanding Pasar Bawah yang menawarkan banyak pilihan kain sulam-sulaman, Pasar Sukaramai lebih banyak menjual pakaian siap dan moden. T-Shirt Ole-ole juga langsung tidak ketemu. Nasib baiklah ER sangatlah sabar dengan kerenah SK kan. Kalau dapat macam Mr Arrogant tu, tentu-tentu dah kena tunjal.. kekekeke. Haaa.. lepas ni kawan-kawan, kalau datang ke Pekanbaru, shopping kain sulam-sulaman dan telekungnya di Pasar Bawah ya. Pasar Sukaramai ni lebih banyak pilihan pakaian siap seperti blouse, jubah dan tudung atau selendang. Tapi SK agak kecewa kerana tidak sempat pergi ke kedai yang menjual peralatan dan bahan-bahan kek yang dipanggil Kedai Pecah Belah. Memang tak sempat sangat.. sedih :-(
Dalam banyak-banyak tempat, SK rasa sajian di rumah pemerintah Riau atau Wali Kota adalah yang terbaik. Dari sajian tekak sehinggalah ke sajian telinga. Sepanjang menikmati jamuan kami dihidangkan dengan nyanyian live lagu-lagu melayu Deli.. ada lagu P Ramlee, Ahmad Jais dan Syarifah Aini. Syoklaaa.. SK kan jiwa halus jadi memanglah suka dengar lagu-lagu macam ni.. hihi. Malam terakhir di sini selepas rasa nak pitam makan ikan baung dan patin kami ramai-ramai berjalan kaki mencari bakso. Tidak sahkan kalau ke Indonesia tidak pekena bakso. Memamg sangat best Restoran Khas Bakso yang kami singgah ni. Baksonya pun boleh tahan jugaklah. Sedapppppp.. orang belanjalah katakan.. kui kui. Dan SK juga dapat mencuba satu lagi makanan tradisi Indonesia khasnya Palembang yang diperkenalkan Makcik Monas iaitu Pempek Palembang. Sedapppppppppp!! Terima kasih kepada mereka yang setia mengikuti perjalanan SK di Pekanbaru ni ya.. Oh, ya! Jika ada sesiapa yang ingin ke Pekanbaru dan memerlukan 'tour guide' anda bolehlah email SK di serikanditanahjauhar@gmail.com. p/s Jangan lupa dapatkan tiket penerbangan anda ke Pekanbaru melalui Firefly DI SINI! |
You are subscribed to email updates from di lanchang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen