06 di Cameron Highlands - Google Blog Search |
(GAMBAR) Banjir Lumpur <b>Di Cameron Highlands</b>. | shameel iskandar Posted: 23 Oct 2013 05:40 PM PDT Tiga maut, seorang lagi hilang apabila air yang dilepaskan dari Empangan Sultan Abu Bakar, di Ringlet, yang menyebabkan banjir lumpur, di Lembah Bertam. Dua daripada mereka mati lemas selepas terperangkap dalam rumah yang ditenggelami banjir lumpur manakala seorang lagi diserang sakit jantung kerana terkejut dengan kejadian bencana alam yang tiba-tiba melanda Lembah Bertam. Dua mangsa yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh, Md. Zahangi Alam, 30, dan seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Kesmat, 46. Aliran air membawa sampah sarap, pokok dan pasir menyebabkan Sungai Bertam melimpah serta menghanyutkan kira-kira 80 rumah, yang terletak di tebing sungai itu. Kira-kira 15 rumah sebahagian besarnya diperbuat daripada papan lapis dan zink serta didiami warga asing ranap sama sekali, manakala 100 kenderaan turut rosak. Gambar dari:Terengganu Today |
You are subscribed to email updates from di Cameron Highlands - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen