di negeri pahang - Google Blog Search |
LAPORAN TERKINI BANJIR <b>DI PAHANG</b> 5 DISEMBER 2013 Posted: 04 Dec 2013 11:37 AM PST Laporan terkini banjir di Pahang pada 5 Disember 2013 Bencana banjir di sekitar daerah di negeri Pahang semakin buruk, media arus perdana melaporkan lebih sejumlah 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir Turut dilaporkan dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam Rabu Laporan terkini banjir di Pahang 5 Disember 2013 Mengenai identiti mangsa kedua-dua beranak itu dikenali Jamal Ali berusia 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam Menurut laporan bernama, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh dan pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan masih berusaha mengesan mangsa terbabit Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam Rabu ialah 22,395 orang Ramalan cuaca Sementara itu, menurut laporan portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, meramalkan kawasan terjejas banjir akan terus menerima hujan sepanjang tempoh 7 hari ini Khabar angin tersebar di laman sosial Satu kenyataan tersebar meluas di laman sosial Facebook pada malam Rabu dengan mengatakan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kononnya akan membuka empangan kobat dalam masa terdekat secara berperingkat bagi mengelak empangan pecah Kenyataan itu turut mengatakan takungan air di empangan telah mencapai tahap maksimun dan jika empangan dibuka air sungai akan melimpah dan ini akan menyebabkan banjir yang agak tinggi Khabar angin tersebut sekali gus mencetuskan rasa kurang senang orang ramai, terutamanya mangsa banjir di kawasan terjejas Mysumber turut melakukan tinjauan di laman Facebook rasmi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang disebarkan itu Namun satu kenyataan telah di keluarkan oleh pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), ia dilihat menafikan khabar angin terbabit Facebook Pengurusan Air Pahang Berhad PAIP Dalam pada itu, pihak polis turut meminta orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui media sosial kononnya air akan dilepaskan dari empangan di negeri-negeri yang sedang dilanda banjir dan mendapatkan maklumat tepat mengenai kejadian banjir daripada sumber yang sah Statistik bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan di sekitar daerah negeri Pahang Menurut Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kini mencecah 38,323 orang dari 9,153 keluarga Mangsa ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga pukul 8 pagi Khamis
Kemaskini 5 petang : Mangsa banjir di Pahang kini menurun Jumlah mangsa banjir di Pahang dilaporkan mula menunjukkan sedikit pengurangan kepada 29,270 orang berbanding 38,323 orang pagi tadi Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah itu terdiri daripada 7,207 keluarga yang masih di tempatkan di 92 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga 3 petang Berikut kemaskini statistik jumlah mangsa banjir di tujuh daerah di negeri pahang sehingga jam 3 petang
Jalan ditutup Enam jalan utama ditutup kepada semua kenderaan seperti berikut
Informasi ini disiarkan pada 5.12.2013, Khamis |
You are subscribed to email updates from di negeri pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen