06 di jengka - Google Blog Search |
- Generasi korporat Jengka13: Tarian piring bakal bergema <b>di Jengka</b> <b>...</b>
- Cita rasa moden <b>di Jengka</b>
- Catatan 2:Kembara Oren Pahang Dihalang <b>di Jengka</b> 23
Generasi korporat Jengka13: Tarian piring bakal bergema <b>di Jengka</b> <b>...</b> Posted: 05 Mar 2013 05:08 AM PST Gambar sumber http://www.truthmalaysia.com Dengan izin Allah S.W.T kami sempat singgah menyaksikan anak-anak Generasi ke3 FELDA giat mempelajari tarian Tradisional Zapin dan Tarian Piring. Sudah lama kami tidak menyaksikan acara-acara kebudayaan seperti itu. Kami juga tabik hormat kepada guru-guru yang sanggup mencurah keringat dan kesabaran untuk menurunkan ilmu agar budaya dan seni Negeri Pahang tidak pupus ditelan arus kemodenan. Artikel terperinci dan gambar-gambar berkaitan tidak dapat kami siarkan kerana tidak mendapat kebenaran. Walau bagaimanapun, kami amat menyokong usaha murni mereka dan berharap ada pihak dapat menghulur bantuan seperti alat-alat bantuan mengajar dan kostum. Tarian piring dikatakan telah wujud beratus tahun dahulu di kawasan Kuala Tembeling. Di sana, tarian piring adalah yang asal yang diwarisi secara turun-temurun. Tarian ini sering ditarikan di majlis-majlis perkahwinan di kampung-kampung. Tarian piring terdapat juga di daerah-daerah lain tetapi dikatakan ada percampuran atau perubahan dalam pergerakannya. Cara menari dan pergerakan tari piring adalah berdasarkan tarian pelanduk daripada Bukit Betong, Lipis. Namun begitu, asasnya ialah dengan menggunakan piring dan disertakan dengan bunga atau ragam tarian. Tarian ini mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana disebut juga ayun atau buai. Selain itu, tarian ini juga menekankan mimik muka.Dalam tarian piring, penari menari dengan membawa dua buah piring. Cincin timah dipakai pada hujung telunjuk dan akan dilagakan kepada piring bagi menghasilkan bunyi di sepanjang tarian selari dengan rentak gong. Beberapa perkara semasa persembahan telah dititikberatkan iaitu cara duduk, bunga tarian dan pergerakan ketika menimang piring. Dalam pergerakan menimang piring, penari akan bergerak ke empat penjuru iaitu hadapan, belakang, kiri dan kanan. Cara duduk pula boleh berlutut atau bertimpuh mengikut keselesaan penari. Dalam tarian ini, ada pantun yang dilagukan dan pada asalnya pantun ini tidak mengikut tema atau jenisnya namun kini, lima rangkap pantun telah dicipta oleh Budin bin Gendut atau Pak Cu Budin sebagai lagu iringan kepada tarian piring.Tarian piring ini dahulunya ditarikan oleh penari lelaki sahaja dengan memakai pakaian tradisi lengkap orang Melayu Pahang. Kini, tarian ini diolah bagi penari perempuan mengambil bahagian. Bilangan kumpulan tidak ditetapkan dan bergantung kepada keluasan lantai di mana ia dipersembahkan. Alat muzik yang digunakan ialah rebana dan gong (tetawak). Terdapat juga tarian piring diiringi dengan gendang, serunai dan gong mengikut kumpulan dan daerah di mana ia berkembang. Di Sanggang, Temerloh, tarian piring dipercayai dibawa oleh pedagang dari Sumatera khususnya dari daerah Rawa. Mereka terdiri daripada peniaga dan mubaligh yang datang ke Tanah Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Kini, tarian piring giat dimainkan di beberapa buah kampung di negeri Pahang seperti Batu Embun(Jerantut), Bolok (Ulu Lanchang, Mentakab), daerah Bera dan Felda Jengka. | ||
Cita rasa moden <b>di Jengka</b> Posted: 27 Feb 2011 11:06 AM PST Cita rasa moden di JengkaOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
KEGHAIRAHAN menghias rumah konsep-konsep tertentu menjadi fenomena baru khususnya di kalangan penghuni kota. Turut menerima tempias golongan yang tinggal di luar serta pinggiran bandar. Kalau dulu, jika disebut dekorasi kediaman, masyarakat luar bandar memilih gaya hidup seringkas yang boleh. Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil. Berbeza sekarang, golongan itu juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin. Sama ada memilih gaya moden , retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa. Menyusuri kawasan Felda Jengka, Pahang, ramai tidak terfikir terdapat pusat perhentian hiasan dalaman merangkumi perabot sofa, set bilik tidur, meja makan dan sebagainya. Kelengkapan Pusat sehenti kedai perabot, Ilham Design Furniture (IDF) yang terletak di kawasan luar bandar menjadikannya eksklusif dalam suasana kejiranan berkonsepkan kampung. Bercirikan reka bentuk moden , IDF mencerminkan pemiliknya, Mejar Wan Munadi Wan Mamat (B) yang dinamik dan sofistikated. Menarik perhatian penduduk di sekitar Jengka, ia menawarkan pelbagai koleksi kelengkapan rumah daripada yang kecil sehinggalah kepada sebesar-besarnya. Ditambah pula dengan hiasan dalamannya yang sepadan dengan konsep rumah, pastinya membuatkan tetamu teruja dan kagum dengan sentuhan emas pemiliknya. Klasik kontemporari dan moden , begitulah konsep percaturan hasil idea kreatif yang popular sekarang. Bagi mereka yang baru melangkah ke rumah baru, inilah peluang terbaik untuk menyusun kediaman sendiri menjadi cantik dan kelihatan moden dan bergaya. Pelbagai pilihan dan idea hiasan untuk kediaman dengan tema kediaman desa Perancis ke Victoria, gaya Timur, Safari Afrika, gabungan kontemporari dan oriental. Klasik kontemporari Sofa berciri moden digabungkan dengan fabrik warna terang menepati ciri klasik kontemporari. Malah setiap perabot membawa konsep berbeza dengan set sofa paling popular ialah bercirikan moden. Set bilik tidur diperbuat daripada kayu juga melambangkan ciri klasik, malah meja makan Eropah turut menyerlahkan elemen moden sesebuah kediaman. Dalam pada itu, setiap katil yang dijual mempunyai pilihan 15 ton warna merangkumi keperluan pasangan suami isteri, kanak-kanak, anak gadis dan pengantin baru. Ruang makan keluarga boleh direka sendiri menggunakan gabungan warna putih dan hitam amat praktikal. Secara peribadi, keupayaan Wan Munadi memperkenalkan kediaman mewah khusus untuk warga peneroka yang inginkan konsep moden dan menawan sememangnya mengkagumkan. Mengakui dekorasi sentiasa mengikut perubahan semasa, Wan Munadi berpendapat orang ramai mula bijak mencari panduan menghias rumah sama ada yang tinggal di kampung mahupun luar bandar. Memenuhi hasrat tersebut, IDF yang terletak di Bandar Pusat Jengka ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai. | ||
Catatan 2:Kembara Oren Pahang Dihalang <b>di Jengka</b> 23 Posted: 09 Jan 2013 12:58 AM PST Mak Cik2 GPW yang tak faham apa apa berjaya diperbodohkan Pengurus Felda dan Ketua Umno untuk menghalang Kembara Oren singgah di Markaz PAS Jengka 23.Kelihatan beberapa orang kaum wanita seperti diserang histeria.Apakah racun yang telah disumbatkan ke mulut mereka sebenarnya.Felda mengajar peneroka melanggar undang undang negara.Ketika pihak polis mengeluarkan surat bertulis tidak menghalang Kembara Oren,tiba tiba Pengurus Felda boleh pulak menggunakan kuasanya menyekat konvoi untuk masuk ke Markaz PAS Jengka 23. Rundingan Timbalan Presiden ANAK Aris Fezul Ismail dengan pihak OCPD Maran Tuan Sulaiman sia sia sahaja,kerana tuan punya diri tidak menghormati maruahnya sendiri.Dia yang mengeluarkan Respon Bertulis sehari sebelum itu terpaksa tunduk kepada Pengurus Felda.Apakah dia tak tahu laluan awam tak boleh disekat?Apatah lagi Konvoi ini hendak masuk ke permis partinya sendiri iaitu Markaz PAS.Tindakan yang menjatuhkan maruah polis.Pengurus bertopi putih dengan megah tidak membenarkan kami masuk ke markaz kami.Apakah Felda nak terus jadi penjajah ke atas tanah milik peneroka??Sebelum itu saya beberapa kali mendesak Pengurs Felda menurunkan tandatangan pada surat yang sediakan untuk bertanggungjawab di atas sekatan yang dia buat,tetapi ternyata dia tahu tindakannya salah dan dia tak bersedia untuk turunkan tanda tangan pertanggungjawaban.Apa lagi Felda nak hujah,bagi arahan dalam suasana penakut,tak berani bertanggung jawab. Pemuda Umno yang meracau pada hari tersebut.Anak Ketua Umno cawangan ini merasakan tanah Felda Jengka 23 itu milik ayah dia. RELA yang kena pukau dek Umno,tak sedar tugas sebenar dirinya ialah untuk jaga keselamatan kampung bukan jaga keselamatan Umno Ketua Umno Sulaiman Bakar mengamuk sakan hari tu,mungkin selama ini dia pikir segala tanah di rancangan Felda Jengka 23 itu milik peribadinya hinggakan orang PAS nak jejak markaz sendiri pun dihalang Walaupun dihalang masuk ke Jengka 23,wakil kami dapat juga berucap di hadapan orang ramai.Ustaz Shahril Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau yang juga Ketua Pemuda PAS pahang bersama Mazlan Aliman memberi ucapan di hadapan halangan yang dibuat oleh penyokong Umno dan Pengurus Felda.Setelah segala usaha perundingan gagal,kerana bimbang suasana kekecuhan lebih teruk,kami memutuskan meneruskan perjalanan ke Jengka 21 untuk singgah solat Asar..bersambung |
You are subscribed to email updates from di jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |