06 di janda baik - Google Blog Search |
BLOG PAHANG: 06 <b>di janda baik</b> - Google Blog Search Posted: 06 Mar 2013 12:00 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||
Hatiku tertinggal <b>Di Janda Baik</b> - Duniaku Indah dan penuh warna <b>...</b> Posted: 13 Jan 2013 10:18 AM PST As salam semua, Lama tak hupdate pasal entry jalan2 kan?? Bukanya pasal entry jalan2 jer.. Blog nie pun dah berabuk2.. Susah gak kalau penyakit malas melanda. Jalan-jalan ke Janda Baik nie pun dah lama dah.. Agak-agak dah nak dekat sebulan dah nak berlalu.. Tapi nak jugak hupdate cerita kat Janda Baik nie.. Nak jugak share kepada orang2 yang sudi membaca entry saya nie..hihihi.. Ok straight to the point. Masa nak plan datang bercuti-cuti kat Janda Baik nie, tahun baru akan menjelma so I think I should do something yang excited di hujung2 tahun ni with my husband and kids. Before I continue my story, saya nak bagi warning yang saya dapat rasakan yang entry ni sangat panjang.. so be prepared takut2 nanti anda anda anda akan keboringan pulak.. Ye la setiap citarasa orang kan tak sama. Okey.. Lets start.. Janda baik is located in Pahang. Not too far from KL, dekat dengan Genting Highland and Bukit Tinggi. Janda Baik nie adalah dalam kawasan Banjaran Titiwangsa which is located di hujung2 banjaran Titiwangsa. Kelasss tak ??? I pegi Banjaran Titiwangsa !!! Banjaran lagi hokey... Sejarah nama Janda Baik ni adalah di suatu masa dahulu, di kampung nie ada sepasang suami isteri yang telah bercerai. kemudian mereka berbaik semula. Dari situ la datang nya nama Janda Baik ni. Bukanya di kampung ni ada banyak janda-janda yang baik baik belaka yer.. No no no.. salah tu yer.. Why I choose Janda Baik ?? Sebab tetiba saja hati nie inginkan sesuatu kelainan. Inginkan ketenangan, kedamaian, inginkan berendam di dalam air sungai semulajadi yang sejuk. Telinga nie pulak rindukan kicauan burung, deruan air sungai yang sangat sangat sangat mengasyikan. Rindukan permandangan menghijau, kabus and suasana yang sejuk... Owhhhh mmg saya sangat terasa kedamaian, ketenangan dan kesejukan itu di saat saya menulis entri kali ini. Masih segar and terbayang2 dalam fikiran saya setiap detik di situ. Kalau anda nak, kena la pegi sana and rasakan sendiri.. So google punya google terjumpa lah satu blog yang memberikan gambaran yang sebenar2 nya keadaan di janda baik nie. And she write a very good review about Hawa Resort di Janda Baik. So I pun tanpa ragu2 terus call and make reservation di Hawa Resort from 19 Dec to 21 Dec 2012. Its for 3 days 2 nights. Mula2 tu muncul jugak la keraguan di hati bila fikirkan pasal hutan yang gelap, nyamuk, tempat or kedai untuk makan, keselesaan anak2 terutama si bunga Airis, adakah anak2 akan terhibur maklum la kat situ I'm sure takde hiburan yang lain kecuali air sungai tapi hati nie meronta2 nak jugak2 pegi ke tempat macam tu untuk menikmati keindahan semulajadi. Bak kata orang I want to Back to the nature. Sesekali apa salahnya biarkan anak2 merasai kehidupan semulajadi macam tu. Biarkan mereka rasa gigitan nyamuk hutan .. hehehee Day 1 - 19 Dec 2012 Rabu Saya menguatkan hati and plan diteruskan. Pagi tu sebelum bertolak, I just prepared Ayam, daging and hotdog untuk buat BBQ. Ayam and daging tu pun saya just perapkan dengan garam dan kunyit sahaja. Di Hawa Resort ni kita boleh buat BBQ if kita just sewa challet jer without full package. Kalau kita nak stay kat sana with the package senang la... kita pegi bawak badan ja... But for us, I just ambik bilik jer maklumlah kami kan berempat.. eh silap silap.. berlima termasuk bibik tapi tak termasuk Airis.. so agak berkos la kalau ambik pakej kan.. Tambahan pulak nak tidur 2 malam kat sana jadi boleh la cut cost mana yang boleh. Pagi tu I goreng bihun, bawak periuk nasi, kangkung goreng, sambal ikan bilis and telur dadar. Dalam masa yg sama I bought Air kotak milo 1 carton, maggie cup, biscuits, Roti, Twisties, Apollo cake and FYI semua2 preparation is just for my kids takut2 nanti susah nak dapat makanan di waktu malam..Maklum la hutan kan...plus kami tak pernah sampai lagi kat sini. Who knows kan ? So I just be prepared. I believe with a little effort our vacation will be more excited. Yeayyyy !!! Selain tu I bawak tikar, payung, ubat nyamuk, pewangi bilik (takut la bila tak berapa selesa dgn bau bilik so dengan pewangi ni bolehla kita menyelesakan diri kan ), Alas meja getah (just bawa sebab dah ada kat umah), alat2 pemanggang, sliper yang pakai dalam bilik tu. Tak lupa jugak I bawak buku Yassin and Al-Quran. Yes .. persedian bagi kami sekeluarga. Mana lah tau ada yang meganggu di dalam hutan. Maklumla tempat yang kami nak pegi nie kawasan hutan so I just be prepared. Selain tue for my kids mmg tak akan lupa pelampung for them main2 dalam sungai, tempat tangkap ikan and jika ada rezeki nak pegi sana lagi, I will make sure I will bring jala je terus. Sebab ikan banyak kat dalam sungai tu cuma susah bebenor nak tangkap ikan pakai jaring yang kecil. Jangan lupa jugak bawa goggle sebab dgn goggle ni kita boleh selam and u will see anak2 ikan berenang2 di dalam sungai.. Banyak tau... Selain tu saya juga bawa permainan for my kids domino and satu lagi tak ingat la nama mainan tu tapi mainan tu mcm bloks2 and kita kena susun and make sure susunan kita tu tak jatuh. Kami bawak gak PS2 konon-konon if boring malam2 boleh main kat dalam bilik but we are very wrong sebabnya di Hawa Resort Janda Baik nie TAK ADA TV DI SEMUA CHALET... so kesudahanya PS2 tu we just simpan je la dalam kete. Kami bertolak ke Janda baik at 1.30 pm. Sungguh lambat and tersasar dari plan sebenar hokeyy. Tapi tu la faham2 la I have to packing for 5 people.. I hate packing ok. Plus I have to masak makanan untuk di bawak kesana sebab takut nanti anak2 lapar and susah nak cari makanan kat situ so I think better bawak ja la something for lunch nanti. Biar la masakan simple asalkan dapat penuhi perut suami and anak2. Memang ada bibik tolong tapi hmmmmm takleh nak harapkan sangat si Bibik nie sebab dia suka lupa and sesuka hati dia ja pilih baju yang nak dibawak nanti.. Kalau tak kena or salah baju di mata Encik suami saya... bukan si Bibik yang kena marah tapi yg kena marahnya aku la.. huwaaaaaa.. so better aku yg siapkan semua2.. keja bibik bahagian logistik and kawal anak2 semasa aku masak and bahagian cuci mencuci.. hihihi.. Geliga tak I ?? We arrived at Hawa Resort around 2.30 pm. Takde la jauh mana pun cuma sedikit jam di bulatan Batu Caves, we stuck there dalam 20 minit jugak la... Just that.. Yang lain traffic clear. Kalau tak stuck kat situ mesti kami dah sampai lagi awal. So apa lagi, saya and anak2 termasuk my bibik pun makan la durian sepuas2nya.. Pak Cik Zaidi mengopek durian tak berenti selagi tidak di stopkan oleh saya. Yes I am durian lover tapi takde la nak makan sekali hadap sampai sebiji sorang.. I just boleh makan durian sekali makan 2 ulas jer. Tak boleh lebih.. Masa kami dok makan durian, my husband lari jauh2 sebab dia tak makan durian.. sungguh rugi kan org Malaysia tak makan durian ni... Lepas selesai makan durian kami pun dibawa oleh Sifu Jasni ke bilik yang kami tempah. Yang menambahkan keakraban kami dengan Sifu Jasni adalah, Sifu Jasni tu pun org Penang. Tapi dah beli tanah di Janda Baik and dah tinggal disana. So bila orang Penang bertemu orang Penang, kami dilayan extraordinary sikit la kan.. I like... Keadaan di bilik biasa2 aje..Not like a 4 or 5 stars hotel. Bilik and toilet bersih. Bilik mandi dan tandas diletakan secara berasingan which is I like the konsep yang mcm tu. And sedikit tips sila lah bawak selipar yang mcm kain yang perlu kita pakai di dalam bilik tu sebab lantainya sejuk and kadang akan basah apatah lagi lepas kita mandi sungai.. Kalau saya mmg tak suka jalan dia tas lantai yang mcm tu. Dan satu lagi tips sila lah bawa kain lap kaki anda dalam 2 helai sebabnya bilik tu hanya menyediakan 1 helai jer kain lap kaki.. Nasib baik aku ada teringat nak bawak extra kain lap kaki tadi sebab mmg dah tau dah budak2 nie a.k.a anak aku mmg mcm2... ni tumpah tu tumpah.. Fening.. Fening...See... seperti yang aku katakan tadi kita kena prepare untuk memastikan keselesaan anak beranak kita... Towel tidak disediakan yer.. pihak resort hanya bagi sabun mandi May kecik jer... tu pun 2 bungkus.. Tapi yang paling penting and yang menjadi keutamaan kami ialah kami dapat mendengar deruan air sungai dari bilik. Itulah permintaan aku. I want a room closer to the river supaya I can hear the river. Kalau ada bilik di gigi sungai lagi best.. bukak pintu terjun jer terus... Yeaaayyyy !!! Kami diberi bilik yang bernama Apple. Yang best bilik nie kami ada private balcony sebab bilik kami adalah yg hujung sekali and ada jugak wakaf di depan bilik. Wakaf tu macam Gazebo la. Gazebo tu sangat dekat dengan sungai pendek kata kita boleh mengawasi anak2 kita yang mandi mandi di sungai dari gazebo nie. Bila dah angkat semua barang masuk ke dalam bilik, my 2 heros apalagi terus meminta kebenaran untuk memulakan aktiviti utama di sini iaitu mandi sungai. Seperti yang aku katakan biarlah perut lapar tapi suara deruan sungai lebih kuat memanggil anak2 untuk berendam. Dari pemerhatian saya, sungai ni taklah dalam, and arus tak laju sangat. It just nice and boleh la melepaskan anak2 bermain di situ tapi kita mesti la jugak sentiasa mengawasi mereka. Jangan la dibiarkan terus kan .. Aku menemankan suami lunch dahulu and bila dah selesai makan2, saya pun join anak2 mandi sungai. Wowwww air sungai nya sangat sejuk. Masa mula2 nak merendamkan badan dalam air sangat sejuk gedik-gedik ok. Tapi bila dah start berendam dah ok dah. Kalau rendamkan kepala mmg terasa seronok and sejuk. Hilang segala penat lelah and strees di office. Terasa kesejukan meresap ke seluruh badan.. nyamannnnn... Kami mandi dari pukul 4 ptg sampai la ke pukul 6.30 ptg. Anak2 mmg liat bila dipanggil suruh naik ke darat. Encik suami sambung tidur di bilik sebab dia mmg kekurangan tidur kerana semalaman bekerja. Makanya I just layan jer anak2 mandi sampai la ke pukul 630 ptg. Mmg tak tau sejuk budak2 ni.. Akhirnya anak2 naik ke darat jugak bila hujan mula turun renyai2. Nasib baik hujan. Kalau tak jenuh nak ajak Adam and Aslan naik. Airis mandi sekejap saja sebab Si bunga Airis tu mmg tak tahan kesejukan. Malamnya, kami prepare untuk ber BBQ. Malam itu hanya 2 family termasuk kami jer yang menginap di area chalet kami. Alhamdulillah sebab mmg macam biasa we planed to avoid crowd. Mmg kami dapat menggunakan semua facility yg ada tanpa perlu berebut dengan orang lain.. Wohoaaa.. Sekali lagi suami Ingin mendapat kepastian Dari Sifu Jasni berkenaan tempat untuk ber BBQ. Menurut Sifu kami Boleh BBQ di tempat yg disediakan oleh pihak Resort atau pun kami Boleh berbbq di Depan bilik kami. Memandangkan anak2 masih kecik.. Dia sarankan supaya kami BBQ di harapan chalet Sahaja. Sifu memanggil salah sorang staff tolong set up kan tempat BBQ untuk kami. Alangkah bertuahnya.. Siap tolong nyalakan api lagi.. Double bertuah hokey !! Kesimpulanya malam tu kami menghabiskan masa dengan dengan aktiviti BBQ dan makan2 sambil ditemani dengan bunyi cengkerik dan deruan air sungai.. Yang Penting DERUAN AIR SUNGAI hokeyyy.. Bila dah selesai menikmati makan malam kami pun lepak di gazebo kayu yang berada dihadapan chalet kami sambil bermain permainan domino and blok (apa ntah namanya). Sungguh indah malam itu. Just rileks, tak kelam kabut, tak payah nak memikirkan apa2 dan yang penting kami menikmati malam kami yang indah dan syahdu sambil ditemani suasana di dalam hutan, bunyi cengkerik and deruan air sungai.. Sungguh indah dan susah untuk saya gambarkan disini. Dalam pukul 11.30 malam kami pun masuk tidur. And Alhamdulillah malam pertama kami disitu kami dapat tidur dengan nyenyak sekali. Mungkin jugak disebabkan oleh kepenatan berendam di siang hari tadi.. ZZZzzzzz Hari Kedua - 20 Dec 2012 Khamis Kami bangun awal kerana hajat dihati nak mencari nasi lemak seperti yang di recommend oleh Sifu Jasni. Sifu Jasni dah pesan kena pegi awal. Selalunya dalam pukul 8 pagi kemungkinan nasi lemak sudah habis dijual. Dia kata nasi lemak di gerai sebelum Jambatan batu tu memang sedap and ramai. So yang paling semangat is me. Nak bangun awal and nak menikmati nasi lemak sambil mencuci mata untuk merasai kenyamanan di pagi hari. Kami bergerak menuju ke gerai Nasi lemak dalam pukul 7.45 pagi and pada waktu itu kabus masih tebal. sejuk dan nyaman. Semasa hendak keluar dari Hawa Resort kami terserempak dengan Sifu Jasni dan dia membawa berita sedih kepada kami bahawa gerai nasi lemak tu tak dibuka pada hari itu. So dia recomend kepada kami gerai roti canai yang sedap di situ. Gerai roti canai tu terletak disimpang 3 sebelum masuk ke jalan menuju ke Hawa Resort. Berhadapan gerai roti canai ada satu kedai makan D saji. Tapi mcm biasa saya dah google, D saji ni menyediakan makanan ala ala Thai dimalam hari. Bila kami sampai di gerai Roti Canai sekali lagi kami merasa hampa sebabnya roti canai dah habis... huwaaaaa sedihnya hati saya. Baru saya nak try roti canai yang dikatakan sedap oleh Sifu Jasni. Tapi apakan daya takde rezeki.. Kami pun patah balik ke jalan menuju masuk ke Hawa Resort and terjumpalah satu cafe yang diberi nama Andak's Place. Nasib baik masih ada makanan untuk sarapan and kami sekeluarga pun makan la nasi lemak. Nasi lemak nya pun sedap jugak and banyak pilihan lauk.. Dari permerhatian saya cafe ini diusahakan oleh sepasang suami isteri yang agak berumur tapi takde lah tua sangat... Masa dok sedap makan nasi lemak tu ada la satu Pak Cik nie and aku pasti dia org kampung situ. Pak Cik tu order LEMPENG.. wowwwww... ada LEMPENG ko.. So next visit di Janda Baik akan aku try LEMPENG di Andak's Place tu. Andak's Place sangat menarik cafe nya.. Ada wifi ko !!! Kelassss taw... And susun atur and rekabina cafe pun sangat classic. Diperbuat dari batu2 sungai and buloh-buloh and sorrryyyy I terlupa nak snap gambar.. Bukan terlupa tapi sibuk melayankan anak-anak yang nak itu dan ini...But you all boleh try pegi situ nanti. Nasi lemak sedap and here they have a choices like Lempeng panas hokeyyy. Ada jugak Mee & Keow teow goreng.. and ada la 3 to 4 jenis lauk lagi.. Selesai makan kami kembali ke Hawa Resort and sekali lagi terserempak dengan Sifu Jasni yang sememangnya sangat ramah and suka bercerita. Sifu Jasni bawak kami round2 seluruh resort and dapat la kami tengok bilik VVIP dan juga bilik yang macam Dome untuk 8 orang dalam satu bilik. Selain itu Sifu Jasni bawa kami jalan2 tengok burung2 yang ada dipelihara di situ. Pantang jumpa durian, Sifu Jasni akan mengarahkan staff di situ menghantar durian ke chalet kami.. Jenuh nak makan durian.. PENGSAN... Oh ya lupa nak cerita konsep di Hawa resort ni. Konsepnya kalau kita datang and ada buah yang boleh dimakan, maka anda makan la.. Jika ada rambutan yang dah masak, maka anda petik la.. It's like open farm.. kalau terjumpa buah durian luruh, sila la ambik and belah la durian itu. Kalau anda tak ambik maka pengunjung lain yang akan ambik nanti. So anda lah yang rugi. Tapi kita nie kena la pandai agak2 kan. Kalau jumpa rambutan atau yang masih muda jangan la pulak dipetik. Jangan tamak hokey.. Maknanya buah yang tak masak lagi yg anda jumpa itu bukan lah rezeki anda. And sungai di sini jugak hanya lah untuk check in guest je yer... So mmg privacy. And if anda nak datang dengan day trip boleh jugak just jumpa staff di sini and anda dikenakan bayaran tetapi saya tak pasti berapakah bayaran nya.. Aktiviti kami pada hari Kedua disini hanya lah mandi sungai.. Yessss.. we all tak jemu. Kami main Tube Rafting, Main tangkap2 ikan, menyelam kepala di dalam air yang sejuk gedik-gedik, makan durian di tepi sungai pendek kata hari kami dihabiskan di dalam air. Agak sejuk naik kejap ke darat kemudian turun lah balik. Memang puas hati maklumla chalet mmg berhampiran sungai. Anak2 jugak senang dipantau. Walaupun masa itu boleh dikatakan setiap petang akan hujan lebat di KL tetapi Alhamdulillah sepanjang kami di Janda Baik cuaca sangat nyaman. Jika hujan pun hanya sekejap2 saja. Malam tu bukan saja kami diberi nasi goreng, siap diberi laksa lagi .. huhhhh.. penuh perut tahap nak PENGSAN..Alhamdulillah Rezeki Allah.. Selesai sarapan kami balik ke resort and untuk berjumpa la Pak cik Zaidi. Rupanya Sifu Jasni dah pegi KL ada urusan kerja pagi tu. Tujuan jumpa dengan Pak Cik Zaidi sebab nak extend satu malam lagi tapi nasib kami tak baik sebab dah full. So kami pun pasrah and perlu lah bersiap2 untuk pulang pada hari itu jugak. But But But... yg bestnya.. Menurut Pak Cik Zaidi, kalau kami nak check out pukul 8 malam pun boleh.. wowww.. bestnye..Menurut Pak Cik Zaidi pada masa tu hanya bilik kami jer yang terguna so sempat la untuk staff nak kemas bilik kami. Jadi kami decide nak keluar pukul 6 petang.. Sangat best hokeyyy.. Tak payah nak kelam kabut check out pukul 12 tgh hari.. Wohoaaaaa.. So apa lagi !!! seperti biasa aktiviti diteruskan dengan mandi air sungai lagi. Masing2 tak nak melepaskan peluang mandi air sungai sejuk tu. Maklum la petang nanti dah nak balik.. SEDIHHH... Kami mandi dari pukul 10 pagi and me, stop la pkl 1 ptg sebab nak siap2 mengemas. Tetapi Adam and Aslan stop at 4 petang. Kecut semua bila dah berendam lama dalam sungai. Setelah mengemas kami pun bertolak la balik dalam pukul 5 ptg. Perjalanan keluar dari Janda Baik sangatlah sayu.. Chewaahhh.. Sayang untuk kami meninggalkan tempat yang cantik and nyaman seperti itu. Kabus masih kelihatan segar dan kesejukan terasa. Sesungguhnya hatiku telah tertinggal di Janda Baik. In shaa Allah aku akan kembali di sini... Tips : Sila la datang pada weekdays sebab pada weekends, menurut Sifu Jasni mmg ramai and kebanyakan nya datang ke sini untuk membuat family day or team building. Tetapi sekiranya and datang jugak di cuti hujung minggu sila lah bawak baldi sebabnya air didalam tandas atau bilik mandi akan slow sekiranya bilik-bilik di sini penuh... Sekian... |
You are subscribed to email updates from di janda baik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |