06 di jengka - Google Blog Search |
- Generasi korporat Jengka13: Tarian piring bakal bergema <b>di Jengka</b> <b>...</b>
- FELDA Bina Stadium Sendiri <b>Di Jengka</b> | Dunia Sukan
- PENA KASIH: KENANGAN <b>DI JENGKA</b>
Generasi korporat Jengka13: Tarian piring bakal bergema <b>di Jengka</b> <b>...</b> Posted: 05 Mar 2013 05:08 AM PST Gambar sumber http://www.truthmalaysia.com Dengan izin Allah S.W.T kami sempat singgah menyaksikan anak-anak Generasi ke3 FELDA giat mempelajari tarian Tradisional Zapin dan Tarian Piring. Sudah lama kami tidak menyaksikan acara-acara kebudayaan seperti itu. Kami juga tabik hormat kepada guru-guru yang sanggup mencurah keringat dan kesabaran untuk menurunkan ilmu agar budaya dan seni Negeri Pahang tidak pupus ditelan arus kemodenan. Artikel terperinci dan gambar-gambar berkaitan tidak dapat kami siarkan kerana tidak mendapat kebenaran. Walau bagaimanapun, kami amat menyokong usaha murni mereka dan berharap ada pihak dapat menghulur bantuan seperti alat-alat bantuan mengajar dan kostum. Tarian piring dikatakan telah wujud beratus tahun dahulu di kawasan Kuala Tembeling. Di sana, tarian piring adalah yang asal yang diwarisi secara turun-temurun. Tarian ini sering ditarikan di majlis-majlis perkahwinan di kampung-kampung. Tarian piring terdapat juga di daerah-daerah lain tetapi dikatakan ada percampuran atau perubahan dalam pergerakannya. Cara menari dan pergerakan tari piring adalah berdasarkan tarian pelanduk daripada Bukit Betong, Lipis. Namun begitu, asasnya ialah dengan menggunakan piring dan disertakan dengan bunga atau ragam tarian. Tarian ini mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana disebut juga ayun atau buai. Selain itu, tarian ini juga menekankan mimik muka.Dalam tarian piring, penari menari dengan membawa dua buah piring. Cincin timah dipakai pada hujung telunjuk dan akan dilagakan kepada piring bagi menghasilkan bunyi di sepanjang tarian selari dengan rentak gong. Beberapa perkara semasa persembahan telah dititikberatkan iaitu cara duduk, bunga tarian dan pergerakan ketika menimang piring. Dalam pergerakan menimang piring, penari akan bergerak ke empat penjuru iaitu hadapan, belakang, kiri dan kanan. Cara duduk pula boleh berlutut atau bertimpuh mengikut keselesaan penari. Dalam tarian ini, ada pantun yang dilagukan dan pada asalnya pantun ini tidak mengikut tema atau jenisnya namun kini, lima rangkap pantun telah dicipta oleh Budin bin Gendut atau Pak Cu Budin sebagai lagu iringan kepada tarian piring.Tarian piring ini dahulunya ditarikan oleh penari lelaki sahaja dengan memakai pakaian tradisi lengkap orang Melayu Pahang. Kini, tarian ini diolah bagi penari perempuan mengambil bahagian. Bilangan kumpulan tidak ditetapkan dan bergantung kepada keluasan lantai di mana ia dipersembahkan. Alat muzik yang digunakan ialah rebana dan gong (tetawak). Terdapat juga tarian piring diiringi dengan gendang, serunai dan gong mengikut kumpulan dan daerah di mana ia berkembang. Di Sanggang, Temerloh, tarian piring dipercayai dibawa oleh pedagang dari Sumatera khususnya dari daerah Rawa. Mereka terdiri daripada peniaga dan mubaligh yang datang ke Tanah Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Kini, tarian piring giat dimainkan di beberapa buah kampung di negeri Pahang seperti Batu Embun(Jerantut), Bolok (Ulu Lanchang, Mentakab), daerah Bera dan Felda Jengka. |
FELDA Bina Stadium Sendiri <b>Di Jengka</b> | Dunia Sukan Posted: 06 Feb 2013 03:10 AM PST Pembinaan stadium milik Felda di Jengka, Pahang dijangka bermula awal bulan depan dan siap dalam tempoh dua tahun, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata kontraktor untuk pembinaan stadium itu dilantik minggu lepas. Stadium baharu ini dianggar menelan belanja sekurang-kurangnya RM80 juta dan Menurut Mohd Isa, pembinaan stadium itu adalah fasa pertama dalam pembinaan "Bagaimanpun ini bergantung kepada pemaju kita yang juga mempunyai tanah. Mengulas isu berkaitan, Mohd Isa berkata Felda merancang untuk mewujudkan Setakat ini Felda memiliki sebuah akademi bola sepak di Kuantan, Pahang, Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan anugerah kepada 50 anak Felda yang Program itu diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri |
PENA KASIH: KENANGAN <b>DI JENGKA</b> Posted: 27 Jan 2013 03:29 PM PST Biarpun sudah lama meninggalkannya tetapi kenangan bersamanya tidak akan aku lupakan.Menjadikan aku semakin tabah untuk mengharungi dunia pendidikan.Ketika kaki ini menjejak di kawasan Jengka pelbagai andaian bermain di fikiran ini.Macamana rupa kawasan Jengka...Rasa takut mulai meresap di diriku tapi aku tetap akan meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pendidik yang selama ini menjadi idamanku. Sebelum aku melaporkan diri,aku telah mula meninjau kawasan tersebut bersama suami.Ketika itu, aku baru mendirikan rumahtangga.Kelengkapan belum sepenuhnya.Aku berkenderaankan kereta Proton Saga berwarna hijau.Seperti kata anak muridku yang ketika itu sering melihat aku ke sekolah dengan kenderaan tersebut.Hasrat di hatinya ingin memiliki kereta tersebut .Mazuin,Mazuin..berangan untuk memiliki kereta proton suatu hari nanti. Hari melapor diri bermula...aku rasa berdebar juga kerana buat pertama kali aku berjumpa dengan mereka yang telah ada pengalaman.Maklumlah...semangat tetap ada tapi apabila berada di dunia realiti sebagai pendidik,terasa kerdilnya diri ini di kelilingi orang-orang yang berpengalaman.Setelah usai melapor diri,GPK pentadbiran telah meletakkan aku di kelas tahun 1.Aku rasa seperti hendak pitam kerana pelbagai perkara bermain di fikiran aku.Mampukah aku berhadapan dengan pelajar yang baru menjejakkan kaki ke Tahun 1?Hendak tidak hendak aku menerimanya walaupun dalam hati aku rasa hendak menangis. Bermulalah episod aku bersama pelajar Tahun 1.Dengan jumlah murid yang seramai 30 ornag lebih menjadikan aku semakin kalut.Aku diberikan taklimat agak lama juga oleh GPK tersebut dan berjanji akan membantu aku.Aku dikehendaki mengajar Bahasa Melayu dan Matematik serta beberapa mata pelajaran lain.Duduk mengajar dalam satu kelas sahaja.... Hari berikutnya, aku diselia oleh GPK.Beliau berada dalam kelas aku agak lama juga.Melihat orang yang baru keluar dari maktab mengajar tahun 1.Dalam hati aku, siapa suruh letak aku mengajar di Tahun 1?Mestilah aku kalut sedikit tapi aku bersyukur kerana aku mudah menerima arahan dan melakukan seperti apa yang dikehendaki.Boleh dikatakan setiap hari aku akan diselia oleh GPK dan menjadikan aku semakin tertekan.Namun, banyak perkara yang aku pelajari daripada beliau.Bagaimana untuk mengawal kelas yang ramai.Aku sememangnya tegas dan garang ketika itu.Darah muda katakan......murid terjerit,suara aku mulalah semakin naik.Malah mereka mengatakan suara aku didengari sehingga ke pejabat yang tidak berapa jauh dari kelas aku.Biar mereka dengar suara aku dan itu menunjukkan aku sedang mengajar mereka dengan bersungguh-sungguh.Semakin hari semakin banyak kemahiran mengajar yang aku perolehi hasil perbincangan dengan rakan-rakanku. Hari-hari seterusnya menjadikan aku semakin tabah dan mengenali dunia pendidikan sebenarnya. Memori itu masih terlekat di minda ini.. |
You are subscribed to email updates from di jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |