06 di Cameron Highlands - Google Blog Search |
Memetik Strawberry <b>Di Cameron Highlands</b> ~ ciklaili.com Posted: 03 Dec 2013 08:26 PM PST Sebelum bermulanya cuti sekolah akhir tahun 2013, anak sulung kami (Amir) telah menyuarakan hasratnya untuk merasai kesejukan di Cameron Highlands. Memandangkan kami belum pernah membawa anak kedua (Amar) ke sana dan bagi memenuhi permintaan Amir, maka pada 25 November 2013 kami telah bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Kami jangkakan ramai pengunjung yang berada di Cameron Highlands memandangkan waktu kami ke sana merupakan waktu cuti sekolah tetapi jangkaan kami meleset. Mungkin juga kerana peristiwa banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands tidak berapa lama dulu menyebabkan tidak ramai pelancong luar yang berkunjung ke sini. Tidak banyak tempat yang kami kunjungi semasa bercuti di Cameron Higlands kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan - hujan pada waktu pagi dan petang. Kami hanya singgah ke beberapa tempat sahaja seperti pasar malam Brinchang, Strawberry Farm, Taman Agroteknologi MARDI dan BOH' Tea Centre Sungai Palas. Aktiviti yang paling disukai anak-anak ialah memetik strawberry semasa berkunjung ke EQ Strawberry Farm dan menyusuri ladang teh semasa menaiki tangga menuju ke BOH' Tea Centre. Bayangkanlah anak kedua saya menaiki tangga dari bawah hingga sampai ke BOH' Tea Centre tanpa didukung. Kuat betul semangatnya nak sampai ke atas :) Bergambar sebelum masuk ke Strawberry Farm Amar tidak melepaskan peluang memetik strawberry Amir bersama buah strawberry yang dipetik & disusun Di hadapan Taman Agroteknologi MARDI Gaya 2 beradik di hadapan BOH' Tea Centre * Ke mana pula destinasi percutian anda kali ni? |
You are subscribed to email updates from di Cameron Highlands - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen