06 di chenor - Google Blog Search |
- Kes Tembak <b>Di Chenor</b>, Ramai "Keliru" Dengan Laporan
- BLOG PAHANG: 06 <b>di chenor</b> - Google Blog Search
- Syabas: Pendedahan PDO "Isu Jalan Runtuh", Telah <b>Di</b> Berikan <b>...</b>
Kes Tembak <b>Di Chenor</b>, Ramai "Keliru" Dengan Laporan Posted: 16 Nov 2013 12:50 AM PST Ramai pihak yang keliru dengan insiden kejadian tembak terbaru yang berlaku di Maran, kelmarin. Ia berikutan dengan dakwaan polis sebelum ini bahawa seorang lelaki yang bertindak menyerang anggota polis sebelum merampas sepucuk pistol dan melarikan kenderaan peronda polis di susur keluar Tol Chenor Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Maran. Suspek, 22 tahun bertindak melepaskan empat das tembakan secara rambang keluar dari kenderaan yang dilarikannya. Tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai anggota polis terbabit. Selepas larikan kereta polis itu, suspek melanggar tiang perhentian bas berkenaan dan cedera di kepala. Namun, semalam bapa mangsa pula mengeluarkan kenyataan yang jauh sekali berbeza dam mungkin akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kes tersebut. Ini kerana laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) menunjukkan anaknya meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat ditembak. Bapanya menolak dakwaan polis anaknya meninggal dunia akibat hentakan kepala di stering kereta. Malah, tambah mengejutkan terdapat dakwaan daripada ahli keluarga terdekat mangsa, pihak polis akan menutup hasi post mortem mangsa dan akan mendakwa beliau menembak dirinya sendiri iaitu membunuh diri. Malah, laporan turut mengatakan keputusan post mortem akan dikeluarkan dalam tempoh empat minggu selepas permohonan tersebut. #sumber | ||||
BLOG PAHANG: 06 <b>di chenor</b> - Google Blog Search Posted: 04 Jan 2014 07:03 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||
Syabas: Pendedahan PDO "Isu Jalan Runtuh", Telah <b>Di</b> Berikan <b>...</b> Posted: 29 Dec 2013 11:18 AM PST MARAN, 30 Dis - Susulan pendedahan panas Pahang Daily Online (PDO) terhadap isu "Jalan Runtuh Bahayakan Nyawa Pengguna Jalanraya" di jalan utama dari Jengka ke Pekan Awah berhampiran kawasan Felda Sungai Nerek, difahamkan isu itu telah diambil tindakan serius oleh wakil rakyat kawasan berkenaan petang semalam. Artikel yang kami siarkan sekitar jam 11.00 pagi itu telah mendapat "respon yang cukup pantas" daripada wakil rakyat terbabit iaitu YB Arifin Ismail (topi merah), Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chenor. Dalam satu kenyataan kepada PDO, wakil rakyat terbabit mendakwa beliau bersama Jurutera Daerah (JD) JKR Daerah Maran dan Roadcare telah melawat ke lokasi berkenaan sekitar jam 1.30 petang. Katanya, atas maklumat yang didedahkan beliau telah mendesak supaya kerja baik pulih jalan terbabit disegerakan. Pihak JKR katanya akan menyalurkan peruntukan segera seperti yang dipohon untuk kerja berkaitan demi keselamatan pengguna. PDO ucapkan syabas dan tahniah atas tindakan segera wakil rakyat berkenaan, walau pun sebelum ini dilaporkan beliau telah memaklumkan perkara itu kepada pihak terbabit. Apa yang jelas dapat dilihat di sini ialah, pihak yang bertanggungjawab harus bertindak segera selepas mendapat makluman dan arahan daripada wakil rakyat. Bukan menunggu hingga ada berlaku kemalangan baru mahu membuat tindakan. Mujurlah dalam kes ini, masih belum ada laporan kemalangan atau kecelakaan serius berlaku di lokasi kejadian. Semoga isu ini dapat dijadikan tauladan agar wakil rakyat perlu ada "follow up" dalam setiap arahan yang dikeluarkan kepada pihak berkenaan dimasa-masa akan datang. PDO |
You are subscribed to email updates from di chenor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen