06 di nenasi - Google Blog Search |
Dua Rakan Maut Kemalangan <b>Di</b> Jalan Pekan-<b>Nenasi</b> Posted: 16 Jan 2014 12:00 AM PST PEKAN - Perjalanan dua lelaki menguruskan kerja harian mereka berakhir selepas terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Pekan-Nenasi berhampiran Kampung Tanjung Batu, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Nazir Mohd Yusoff, 36, dari Batu 9, Kampung Sungai Miang maut di tempat kejadian selepas lori lima tan jenis Isuzu yang dipandu sendirian dari arah Pekan ke Rompin bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang turut membawa muatan minuman keras.Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas pacuan empat roda yang dipandu Yeo Kee Wah, 29, dari arah Nenasi terbabas, lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu Mohd Nazir. "Rempuhan kuat dari arah depan kedua-dua kenderaan berlaku ekoran pacuan empat roda terbabas secara tiba-tiba dalam jarak dekat menyebabkan pemandu lori berkenaan tidak dapat mengelak dan terbalik ke sebelah kanan jalan. "Kemalangan teruk itu turut menyebabkan Yeo yang beralamat di Jalan Besar, Kuantan maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan," katanya ketika ditemui. Yahaya berkata, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian depan dan sebelah kanan. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #selanjutnya | ||
BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search Posted: 17 Jan 2014 03:02 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di nenasi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen