06 di bentong - Google Blog Search |
Kes Kamera Tersembunyi <b>Di</b> Tandas Hospital <b>Bentong</b> Posted: 07 Feb 2014 04:19 PM PST PUTRAJAYA 4 Feb. - Kementerian Kesihatan memandang serius kejadian tiga buah kamera tersembunyi yang ditemui di dalam tandas anggota kesihatan wanita di Unit Kecemasan, Hospital Bentong. Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian tersebut menjelaskan, pihak pengurusan hospital telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis pada 30 Jan lalu bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meletakkan kamera tersebut. Menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam meminta orang ramai agar tidak panik dengan penemuan itu dan membuat pelbagai spekulasi melalui laman media sosial sehingga boleh mengganggu siasatan polis. "Kementerian memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini dari pelbagai sudut dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana anggota kesihatan yang terlibat dalam kejadian tersebut," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di bentong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen