06 di bentong - Google Blog Search |
Kawasan Hospital <b>Bentong</b> Terpaksa <b>Di</b> Pantau Rapi Posted: 01 Feb 2014 12:00 AM PST BENTONG - Pemantauan dan pemeriksaan rapi akan dijalankan di setiap tandas dan lokasi tertentu di Hospital Bentong dekat sini bagi mengesan objek mencurigakan seperti kamera tersembunyi. Pengarah Hospital Bentong, Datuk Dr Chandra Sekanan Raman berkata, setiap kakitangan hospital juga diminta melaporkan segera sekiranya terjumpa sesuatu yang mencurigakan. "Langkah sedemikian diambil bagi memastikan keselamatan dan privasi kakitangan mahupun pesakit terjamin. "Sebelum ini, pihak kami ada menjalankan pemantauan berkala terutama di tandas wanita hospital ini namun kini ia akan dipergiatkan dan lebih menyeluruh serta teliti," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan tiga barangan yang mencurigakan antaranya objek berbentuk penyangkut baju bersaiz kecil di bawah singki tandas wanita di unit kecemasan. Chandra berkata, tandas itu hanya digunakan oleh kakitangan dan kejadian yang berlaku merupakan kali pertama seumpamanya. Katanya, pihaknya sudah membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan. "Pihak kami tidak pasti sama ada barangan ditemui itu merupakan kamera tersembunyi atau hanya sekadar gurauan dari pihak tertentu. "Kami menunggu siasatan dari pihak polis berhubung perkara ini untuk tindakan selanjutnya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor berkata, pihaknya terima laporan perkara itu petang Khamis lalu. Katanya, pihak hospital juga menyerahkan barangan yang ditemui di dalam tandas wanita unit kecemasan itu untuk siasatan lanjut. "Barangan yang ditemui itu akan dihantar ke unit forensik dan laporan penuh diserahkan kepada pihak hospital dalam waktu terdekat," katanya. #sumber |
You are subscribed to email updates from di bentong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen