06 di maran - Google Blog Search |
Kemalangan <b>Di Maran</b>, Proton Wira Hampir Putus Dua Posted: 03 Feb 2014 12:00 AM PST MARAN - Seorang pembantu kedai makan maut apabila kereta dipandu terbabas merempuh tiang elektrik di laluan Kuantan-Maran dekat persimpangan Felda Kampung New Zealand, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Che Rohayu Mat Rahim, 29, yang beralamat di Kampung Berkat Maran meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, mangsa yang memandu sendirian dikatakan dalam perjalanan pulang dari Pekan Sri Jaya ke Kampung Luit, dekat sini. Menurutnya, kurang lima kilometer dari tempat dituju, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan selepas melalui lokasi bersekolah itu. "Kenderaan jenis Proton Wira itu terbabas ke kiri jalan dan terbalik sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di bahu jalan. "Rempuhan kuat mengakibatkan tiang elektrik berkenaan patah dan mangsa terhimpit rapat ke bumbung kenderaan. "Mangsa parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat," katanya. Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Luit. #sumber |
You are subscribed to email updates from di maran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen