06 di bera pahang - Google Blog Search |
rm7.5 juta bantu pelajar sekolah <b>di bera</b> - portal pahangku - Blogger Posted: 01 Mar 2014 09:00 PM PST Bera - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta dalam sektor pendidikan bagi tahun ini yang membabitkan semua pelajar sekolah menengah dan rendah di daerah ini. Pegawai Pelajaran Daerah, Baharum Samat berkata, peruntukan itu merangkumi pelbagai bantuan persekolahan antaranya pinjaman buku teks, bantuan awal persekolahan dan bantuan Yayasan Pahang. Menurutnya, jumlah tersebut tidak termasuk bantuan-bantuan minor yang lain terutamanya yang dikhususkan kepada pelajar miskin. "Seramai 13,765 pelajar bakal menikmati peruntukan itu bagi mempertingkatkan pencapaian mereka dalam pendidikan terutamanya dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti. "Namun, usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya ibu bapa pelajar sendiri," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Yayasan Pahang dan Mara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bera, dekat Kerayong. Seramai 134 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di dalam kawasan Dun Guai menerima anugerah itu. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman. Baharum berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sentiasa merancang bermacam-macam aktiviti atau program untuk para pelajar untuk memperbaiki kelemahan serta berusaha menaikkan imej pendidikan di Bera. "Kita masih lagi berusaha untuk memperbaiki kedudukan daerah Bera pada setiap keputusan peperiksaan setiap tahun. "Dengan peruntukan , kita percaya boleh melaksanakan aktiviti, selain bantuan yang diberikan kepada pelajar dapat memberi keselesaan untuk terus menimba ilmu," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from di bera pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen