06 di merapoh - Google Blog Search |
- BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search
- BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search
- <b>MERAPOH</b> ADVENTURES(1)- PENGEMBARAAN YANG DAPAT <b>...</b>
BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search Posted: 01 Apr 2014 09:29 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||||||
BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search Posted: 23 Mar 2014 09:31 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||||||
<b>MERAPOH</b> ADVENTURES(1)- PENGEMBARAAN YANG DAPAT <b>...</b> Posted: 26 Mar 2014 03:03 AM PDT Mengikuti sebuah ekspedisi khas berkenaan produk pelancongan yang di anjurkan oleh Aktivis TEH TARIK BERSAMA YB baru baru ini. Lokasinya adalah di Sempadan Kuala Lipis- Gua Musang. Kg Merapoh terletak berhampiran dengan Taman Negara Sungai Relau. Kami berkumpul di sebuah stesen minyak di Taman Melati pada pukul 2:30 petang sementara menanti kehadiran semua dan berkonvoi bersama sama ke destinasi. 12 orang aktivis dari media sosial yang akan mengambil bahagian kali ini. Di samping itu terdapat juga seorang 'Travel Blogger'yang popular dengan show "The Road Less Travel " yang akan turut serta mengikuti explorasi ini. MODE: Tak Sabar. 3:43 ptg – Kami masih lagi di lokasi menunggu memandangkan ada 2 buah kereta yang belum tiba. Kereta yang di pandu oleh Suzanna terpaksa singgah di bengkel untuk di gantikan brake pad manakal kereta Faizal dan Lis sedang menanti beberapa peralatan yang belum siap di cetak untuk dibawa bersama. Jadi kami telah memutuskan untuk meneruskan perjalanan dan akan menanti di Bentong. 4:30 ptg – Berkumpul semula di Bentong di sertai oleh 2 kereta yang lewat tiba. Laju betul Suzanna memandu! Tanpa melenggah kami terus memandu dan berhenti di perhentian seterusnya iaitu di Kuala Lipis (stesen minyak Esso) Mat Salleh Blogger yang bersama kami, Shane Dallas yang sejak dari awal lagi gelisah tiba tiba berubah wajah. Email yang baru di terimanya adalah perkabaran gembira yang sedang di nanti natikannya. Beliau menerima tawaran untuk menyampaikan Tourism Talk di atas sebuah persiaran mewah dunia " Celebrity Cruise"yang akan membawa selebriti selebriti terpilih dunia untuk bercuti di atas kapal mewah ini. MODE: Gembira tapi Lapar! 8:00 mlm: Tiba di Stesen Minyak Caltex Kg Merapoh, perjalanan adalah sedikit terganggu oleh kehadiran lori lori yang membawa kayu balak dan ini menyukarkan kami untuk memotong atau menyelit di tepi. Kepakaran serta skill F1 rakan rakan seperti Boy Megi, dan Diney Rashid akhirnya terbatas. Ada beberapa kereta yang bertindak berani memecut dalam keadaan yang tidak menentu. Biar lambat asalkan selamat itu pesan Arwah Nenek ku. Namun begitu, ada juga yang merasakan perjalanan ini adalah "sekelip mata" Afzal tidor dengan nyenyaknya sepanjang jalan dan terjaga apabila tiba di destinasi..(well done co-pilot) MODE: Happy but masih lapar. 8:15: Tiba di Club House Merapoh, kami di sambut oleh Saudara Habli Basir,Zuki dan Ali Setan guide guide gua yang berpengalaman. Aktivis utama di Merapoh Sdr Laili tidak dapat hadir kerana anak beliau sakit dan terpaksa bergegas ke Hospital Kuantan. Makanan malam yang sudah tersedia di meja utama seolah memanggil kami untuk menjamah (melantak) Shane Dallas yang agak cerewet pada mulannya mengenai makanan nampaknya makan penuh berselera apabila di jamu ikan patin masak lemak tempoyak dan tilapia bakar. Saya makan agak bersederhana untuk memastikan tidor saya nanti tidak terganggu. Saya bersetuju dengan Boy Megi apabila beliau mengatakan bahawa perasaan ketika itu umpama suasana Balik Kampung! 9:00 mlm – Memandangkan ini merupakan expedisi kami yang kedua, jadi kami sudah tahu bilik tidur masing masing dan keperluan asas yang di perlukan. " Cikada" sejenis serangga yang mampu mengeluarkan bermacam macam bunyi seolah olah menyambut kedatangan kami kembali kesana. Sudah semestinya untuk kami bertiga (Faizal dan Boy Megi) akan menarik tilam dan bantal untuk tidur di ruang tamu yang lebih nyaman. Namun malam masih muda dan saya menunggu detik 11 malam untuk menikmati mandi malam yang sangat sejuk dan menyegarkan. Bagi menambahkan kecerian, saya telah membawa khas sabun nostalgia untuk semua yang biasa tinggal di Kampung iaitu "Popinjay" untuk memenuhi aroma badan semasa di sana. Yesss! 10:00 mlm – Kami mula berbincang mengenai persiapan untuk ke ekspedisi gua keesokan harinya. Ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk mendapatkan jenama "COLUMBIA" yang terbaik. Sudah semestinya Lis Faisal akan menjadi model khas kali ini. Peralatan BoyReza juga agak canggih dan serba lengkap sepertimana nak pergi berperang. Adakah Boy Megi akan pakai Pelikat Pants yang baru di belinya itu untuk ekspedisi kali ini? SHANE yang enggan mandi telah meminta izin untuk tidur dahulu manakala Afzal sudah tidur tanpa izin. Linda yang senyap selepas makan mungkin sedang warm up di dalam bilik untuk memastikan kecergasannya di tahap maksimum ( dia merupakan jaguh yg berjaya melepasi halangan gua yang paling sukar iaitu Gua Hari Malaysia mengalahkan Shook 1Agenda) 1:00 pagi – Saya , Boy dan Faizal sedang bersembang kosong di meja luar sambil menikmati angin pagi yang sihat. Perasaan hampa sedikit apabila Boy terlupa untuk membeli megi tomyam yang lazimnya jadi hidangan kami pada waktu begini. Terbayang -bayang di fikiran kami andainya ada kedai yang berhampiran untuk kami makan lagi. Tiba -tiba Faizal bertanyakan soalan Bonus samada kami nak makan Koteow goreng atau tidak? Too Good To Be True.. tetapi Faizal Mustafa sebagai ex Pengakap yang sangat cemerlang rupanya ada membawa dapur mobile beserta dengan koteow dan semua peralatan lengkap. Segala nya tersimpan di bonet belakang KIA SORENTO nya yang berplat NX10. Umpama Chef yang pandai berkung Fu, Koteow Mobile untuk 3 pinggan berjaya di siapkan beliau dalam masa 3 minit(termasuk potong sayur) Kami sungguh kagum dengan Chef Faizal dan berjanji tidak akan tinggalkan beliau lagi dalam mana mana acara sebegini. Koteow yang paling sedap yang pernah kami makan pada waktu pagi ini. Bahan -bahan bukti juga telah kami sembunyikan kembali kedalam kereta agar tidak di ketahui oleh isterinya. MODE: KENYANG DAN RIANG! 2:00 Pagi- Masa untuk tidur, Saya terpaksa pastikan semua ahli ahli sudah selamat tidur dan tidak mengigau. Di ruang tamu kelihatan Afzal sedang tidur atas lantai jadi kami terpaksa sorongkan tilam di bawahnya. Umpama ikan gelama yang mabuk , akhirnya Afzal berjaya di tilamkan. Bilik 4 saya menyaksikan Shane sedang tidur separuh bogel, mujurlah Boy Reza kurang nampak. Yang lain saya assume OK! MODE: SAFE,SLEEP AND SOUNDLY! 3:45 – Aku sorang yang masih tak boleh tidur, kerana duduk adalah posisi tidurku, maka aku terpaksa tidur di depan pintu utama sambil memantau pergerakan mereka ke bilik air.Pada ketika ini,"Cikada" bertindak kurang ajar kerana telah memainkan nada ala hantu langsuir dan aku tertidur dalam ketakutan..(siot punya Cikada) ( Next- the adventure begin) |
You are subscribed to email updates from di merapoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen