panduan permohonan online perumahan awam <b>negeri pahang</b> <b>...</b> Posted: 31 Mar 2014 09:42 PM PDT Sila ambil perhatian perkara-perkara di bawah sebelum mengisi borang permohonan online ini. PERINGATAN | 1. | Sila pastikan pemohon mencetak slip permohonan sebagai rujukan dan simpanan. | 2. | Pemohon diwajibkan menghantar dokumen-dokumen berikut ke Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang:
1. | | Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Suami/Isteri (jika berkaitan) | 2. | | Salinan Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan/Perceraian (jika berkaitan) | 3. | | Salinan Sijil Kelahiran Pemohon | 4. | | Salinan Slip Gaji Pemohon dan Suami/Isteri (jika berkaitan) | 5. | | Surat Perakuan Pendapatan (jika tiada slip gaji) | 6. | | Surat Akuan Sumpah | 7. | | Surat Pengesahan Bermaustatin diNegeri Pahang(Jika pemohon bukan rakyat pahang) |
| | | SYARAT PERMOHONAN | 1. | Warganegera Malaysia dan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang | 2. | Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan | | a) | Perumahan Kos Rendah (Kerajaan) i ) Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas ii ) Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun | | b) | Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta) i ) Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas | 3. | Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon | 4. | Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah | 5. | Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan | 6. | Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan | 7. | Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu. | | | SEMAKAN PERMOHONAN Semakan permohonan boleh dibuat di:
1. | | Laman http://eperumahan.pahang.gov.my dalam tempoh tujuh (7) hari berkerja selepas permohonan berserta dokumen lengkap dihantar ke Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Keraajaan Pahang atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang. |
|
|
Untuk keterangan lanjut anda juga boleh terus melayari laman web berkenaan klik : PANDUAN PERMOHONAN ONLINE PERUMAHAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR Sumber : http://eperumahan.pahang.gov.my Wassalam, Wa'allahhualam. |
Tiada ulasan:
Catat Komen